Perlawanan Akhir Piala Malaysia

Logo Piala Malaysia

Piala Malaysia merupakan satu kejohanan bola sepak yang berprestij di negara Malaysia dan antara kejohanan yang tertua di rantau Asia. Ia dipertandingkan pada setiap tahun mengikut format yang ditetapkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan perlawanan akhir Piala Malaysia akan menutup tirai musim tahunan bola sepak negara. Piala Malaysia bermula pada tahun 1921 pada ketika itu Piala Malaya yang merupakan kejohanan bola sepak antara negeri-negeri yang membentuk Tanah Melayu. Kini setelah mencecah 90 tahun, Piala Malaysia masih lagi menjadi rebutan pasukan-pasukan bola sepak tanah air.

Senarai juara Perlawanan Akhir Piala Malaysia

Tahun Juara Jaringan Naib Juara Stadium
2013  Pahang Pahang
1 – 0
Kelantan Kelantan  Stadium Shah Alam, Selangor
2012 Kelantan Kelantan
3 – 2
Malaysia ATM FA Stadium Shah Alam, Selangor
2011 Negeri Sembilan Negeri Sembilan
2 – 1
Terengganu Terengganu Stadium Shah Alam, Selangor
2010 Kelantan Kelantan
2 – 1
Negeri Sembilan Negeri Sembilan Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur
2009 Negeri Sembilan Negeri Sembilan
3 – 1
Kelantan Kelantan Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur
2008 Kedah Kedah
3 – 2
Selangor Selangor Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur
2007 Kedah Kedah
3 – 0
Negeri Perak Perak Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur
2006 Perlis Perlis
2 – 1
Negeri Sembilan Negeri Sembilan Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur
2005 Selangor Selangor
3 – 0
Perlis Perlis Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur
2004 Perlis Perlis
1 – 0
Kedah Kedah Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur
2003 Selangor MPPJ Selangor
3 – 0
Sabah Sabah Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur
2002 Selangor Selangor
1 – 0 (gol emas)
Sabah Sabah Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur
2001 Terengganu Terengganu
2 – 1
Negeri Perak Perak Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur
2000 Perak Negeri Perak
2 – 0
Negeri Sembilan Negeri Sembilan Stadium Shah Alam, Selangor
1999 Brunei Brunei
2 – 1
Sarawak Sarawak Stadium Merdeka, Kuala Lumpur
1998 Perak Negeri Perak
1 – 1 (5-3 Penalti)
TerengganuTerengganu Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur
1997 Selangor Selangor
1 – 0 (gol emas)
Pahang Pahang Stadium Shah Alam, Selangor
1996 Selangor Selangor
0 – 0 (5-3 Penalti)
Sabah Sabah Stadium Shah Alam, Selangor
1995 Selangor Selangor
1 – 0 (gol emas)
Pahang Pahang Stadium Shah Alam, Selangor
1994 Singapura Singapura
4 – 0
Pahang Pahang Stadium Shah Alam, Selangor
1993 Kedah Kedah
2 – 0
Singapura Singapura Stadium Merdeka, Kuala Lumpur
1992 Pahang Pahang
1 – 0
Kedah Kedah Stadium Merdeka, Kuala Lumpur
1991 Johor Johor
3 – 1
Selangor Selangor Stadium Merdeka, Kuala Lumpur
1990 Kedah Kedah
3 – 1
Singapura Singapura Stadium Merdeka, Kuala Lumpur
1989 Kuala Lumpur Kuala Lumpur
2 – 1
Kedah Kedah Stadium Merdeka, Kuala Lumpur
1988 Kuala Lumpur Kuala Lumpur
3 – 0
Kedah Kedah Stadium Merdeka, Kuala Lumpur
1987 Kuala Lumpur Kuala Lumpur
1 – 0
Kedah Kedah Stadium Merdeka, Kuala Lumpur
1986 Selangor Selangor
6 – 1
Johor Johor Stadium Merdeka, Kuala Lumpur
1985 Johor Johor
2 – 0
Kuala Lumpur Kuala Lumpur Stadium Merdeka, Kuala Lumpur
1984 Selangor Selangor
3 – 1
Pahang Pahang Stadium Merdeka, Kuala Lumpur
1983 Pahang Pahang
3 – 2 (Masa Tambahan)
Selangor Selangor Stadium Merdeka, Kuala Lumpur
1982 Selangor Selangor
1 – 0
TerengganuTerengganu Stadium Merdeka, Kuala Lumpur
1981 Selangor Selangor
4 – 0
Singapura Singapura Stadium Merdeka, Kuala Lumpur
1980 Singapura Singapura
2 – 1
Selangor Selangor Stadium Merdeka, Kuala Lumpur
1979 Selangor Selangor
2 – 0
Singapura Singapura Stadium Merdeka, Kuala Lumpur
1978 Selangor Selangor
4 – 2
Singapura Singapura Stadium Merdeka, Kuala Lumpur
1977 Singapura Singapura
3 – 2 (Masa Tambahan)
Pulau Pinang Pulau Pinang Stadium Merdeka, Kuala Lumpur
1976 Selangor Selangor
3 – 0
Singapura Singapura Stadium Merdeka, Kuala Lumpur
1975 Selangor Selangor
1 – 0
Singapura Singapura Stadium Merdeka, Kuala Lumpur
1974 Pulau Pinang Pulau Pinang
2 – 1
Negeri Perak Perak Stadium Merdeka, Kuala Lumpur
1973 Selangor Selangor
2 – 1
TerengganuTerengganu Stadium Merdeka, Kuala Lumpur
1972 Selangor Selangor
3 – 1
Negeri Perak Perak Stadium Merdeka, Kuala Lumpur
1971 Selangor Selangor
3 – 1
Negeri Perak Perak Stadium Merdeka, Kuala Lumpur
1970 Perak Negeri Perak
1 – 0
Kelantan Kelantan Stadium Merdeka, Kuala Lumpur
1969 Selangor Selangor
1 – 0
Pulau Pinang Pulau Pinang Stadium Merdeka, Kuala Lumpur
1968 Selangor Selangor
8 – 1
Pulau Pinang Pulau Pinang Stadium Merdeka, Kuala Lumpur
1967 Perak Negeri Perak
2 – 1
Singapura Singapura Stadium Merdeka, Kuala Lumpur

Sejarah Piala Malaysia bermula dengan Piala Malaya yang dipertandingkan pada awal 1920-an dimana kejohanan tersebut disertai oleh negeri-negeri di Tanah Melayu. Ketika itu perlawanan akhir melibatkan juara utara dan juara selatan yang melalui kejohanan dibahagian masing-masing. Pada tahun 1933, Piala Malaya telah ditukar nama kepada Piala HMS Malaya yang diambil sempena nama kapal perang HMS Malaya. Pegawai memerintah kapal tersebut ketika itu kapten Ion Beauchamp Butler telah menyumbangkan sebuah piala dan seterusnya menamakan ia Piala HMS Malaya. Perang dunia kedua memaksa pertandingan ini diberhentikan dari 1942 hingga 1947 dan Piala HMS Malaya dimulakan semula pada 1948.

Perlawanan akhir Piala Malaysia. Pada tahun 1967, piala tersebut telah digantikan dengan piala yang baru iaitu Piala Malaysia. Tidak lama kemudian, pasukan dari Borneo iaitu Sabah, Sarawak dan Brunei mula menyertai Piala Malaysia. Bermula tahun 1982, satu liga kejohanan diperkenalkan bagi menentukan siapa layak keperlawanan akhir. Ia akan dipertandingkan selepas liga bola sepak Malaysia tamat dan hanya pasukan yang menunjukkan pencapaian terbaik dalam liga sahaja layak bertanding untuk Piala Malaysia. Namun pada tahun 1995, Singapura tidak lagi beraksi pada Liga Malaysia dan sekaligus tidak beraksi pada Piala Malaysia. Ini kerana Persatuan Bolasepak Singapura menghadapi masalah dengan Persatuan Bolasepak Malaysia dan akhirnya menarik diri dalam dunia bola sepak Malaysia. Namun sebelum berundur, Singapura sempat menjuarai Piala Malaysia 1994 buat kali terakhir.

Pada tahun 1999, bilangan pasukan yang memasuki Piala Malaysia bertambah sebanyak 12 pasukan. Setahun selepas itu, bilangan pasukan meningkat kepada 16 pasukan dan buat pertama kalinya pasukan berstatus kelab berjaya menyertai Piala Malaysia iaitu Johor FC. Kelab pertama yang menjuarai Piala Malaysia dan setakat ini adalah MPPJ Selangor pada tahun 2003. Selangor merupakan pasukan yang mempunyai pencapaian paling tinggi dalam kancah Piala Malaysia dengan memenangi sebanyak 32 gelaran dan 16 kali naib juara. Manakala Kelantan merupakan juara terbaru yang merupakan piala Malaysia yg kedua bagi mereka Perlawanan akhir Piala Malaysia.

Sumber:http://ms.wikipedia.org/wiki/Piala_Malaysia

Jaringan gol bola sepak

Pasukan yang menjaringkan lebih banyak gol memenangi sesebuah perlawanan. Namun, kalau kedua-dua menjaringkan jumlah gol yang sama, perlawanan itu dianggap sama (draw). Dalam pertandingan kalah mati, bagi menentukan pemenang, masa 30 minit (masa berlebihan, extra time) akan ditambah jika kedua-dua pasukan menjaringkan jumlah gol yang sama dalam 90 minit yang asal. Pasukan yang menjaringkan gol yang lebih pada masa berlebihan ini memenangi perlawanan.

Kalau masa berlebihan tidak dapat menentukan pemenang, sepakan penalti akan diadakan. Setiap pasukan diberikan 5 sepakan penalti. Pasukan yang menjaringkan penalti yang lebih memenangi perlawanan.

Source:http://ms.wikipedia.org/wiki/Bola_sepak

No comments:

Post a Comment